WEBLOG – JAMALUDIN MD.ISA

Pandangan Dari Jauh http://jamaludin09.wordpress.com

WEBLOG INI TIDAK BEROPERASI LAGI Julai 10, 2008

Filed under: Uncategorized — Jamaludin mdisa @ 1:35 pm

Beralih ke bolgger sila layari http://jamaludinmdisa.blogspot.com/

 

PERANG ANWAR-NAJIB Julai 3, 2008

Filed under: Uncategorized — Jamaludin mdisa @ 3:39 pm

ISU liwat dan Altantuya nampaknya semakin memeningkan kepala rakyat Malaysia. Tiba-tiba moncul Shaiful Bukhari mengadu diliwat Anwar Ibrahim. Sebelum ini rakyat Malaysia dihidangkan dengan surat bersumpah Raja Petra Kamarudin mendakwa isteri Datuk Najib berada ditempat pembunuhan Altantuya. Malah dalam waktu yang sama juga kita dihebahkan dengan kemasukkan kembali Sdr Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO.

Karnologi ini bergerak berturutan, macam beraraknya awam mendung dilangit hitam dan kemudian menurunkan hujah lebat serta petir guruh sambar menyambar. Dan yang terakhir waktu-waktu saya bersiap sedia menulis cerita itu, lapuran sidang media turut pula mendedahkan apa yang dikatakan adanya kaitan antara Najib dengan Altantuya yang dibuat oleh penyiasat Balasundran(penyiasat bebas) dalam kes Altantuya sebelum ini. Dan terlupa pula saya mengenai dengan report polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan.

Nampaknya cerita liwat orang sudah tidak percaya lagi. Tetapi Najib kelihatan gelisah dengan serangan balas dari Anwar Ibrahim. Polis menjanjikan penyiasatan yang adil terhadap pihak mangsa dan yang dituduh. Tapi jaga-jagalah tarikh yang dikatakan Shaiful diliwat akan diboktikan oleh Anwar di mahkamah di mana beliau berada pada tarikh itu.

Nampaknya Pak Lah agak relek, sekalipun Najib mengaku setia terhadapnya, namun Mahathir sering mengungkitkan Najib hendaklah segera mengambil alih tempat Pak Lah. Trajidi sekarang sedikit melegakan Pak Lah, kerana Anwar-Najib sudah bertembung secara terbuka. Anwar mendakwa Najib merancang isu liwat dalam konspirasi kedua terhadap dirinya. Kecalaran Najib sekarang sedikat menguntungkan Pak Lah. Lojiknya apa yang berlaku sekarang menyusahkan Najib dan meresahkan Mahathir dalam isu Altantuya. Mahathir mahukan Najib segera mengantikan Pak Lah, kerana beliau amat bimbang dengan kebangkitan Anwar akhir-akhir ini.

Mahatihr mahu memenangkan Najib menyekat Anwar sekali gus menurunkan Pak Lah. Tetapi nampaknya Anwar sekarang berada dalam posisi yang sedikit menyelesakan kedudukan Pak Lah dalam perkembangan politik terakhir hari ini. Kalau dalam pertarungan Mahathir-Anwar dalam konspirasi 1 dan sekarang orang ramai menyifatkan pertarungan babak terbaru dalam kes liwat konspirasi ke 2 antara Anwar-Najib.

Anwar dipercayai nampaknya sekali lagi tidak akan mendapat pembelaan yang adil di negara ini. Dan perkembangan terakhir politik Malaysia memperlihatan petanda awal Anwar akan kembali menjadi Perdana Menteri. Apakah kerisauan sebilangan tokoh politik dalam UMNO yang terancam dengan perkembangan terbaru Anwar Ibrahim dalam politik negara. Ia amat bercelaru hendak difikirkan oleh rakyat Malaysia hari ini. Justeru itu sekali lagi babak-babak politik Malaysia akan mempertontonkan kita isu yang busuknya naik sampai ke langit.

 

KUASA RAKYAT SELAMATKAN ANWAR Jun 29, 2008

Filed under: Uncategorized — Jamaludin mdisa @ 3:57 pm

saiful
Konspirasi politik tertinggi berulang lagi. Kali ini giliran konco-konco Pak Lah melakonkan peristiwa 1998 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Sekali lagi rakyat Malaysia dan seluruh warga dunia dikejutkan dengan tuduhan baru terhadap DSAI melakukan liwat pembantunya sdr Saiful Bukhari Azlan.

Percayalah kali ini rakyat tidak akan mempercayainya lagi. Dan rakyat akan lebih memahami konspirasi yang berulang-ulang itu adalah satu siri pembohongan politik bagi menutup pelbagai isu dan kepincangan yang sedang berlaku dalam negara ini. Jelaslah pemerintah sekarang benar-benar gugap dengan kebangkitan Anwar. Rasionalnya mereka tidak mampu lagi tampil berhujah dengan Penasihat Parti KeaDilan itu. Maka politik sodomi dilakonkan semula bagi membunuh kerjaya politik Anwar untuk kembali menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini.

Rakyat telah sedar pembohongan itu tidak boleh melindungi kepincangan dan kebabakrokan sistem pemerintahan negara yang diterajui Pak Lah sekarang. Percayalah rakyat jelata akan bangkit bersama-sama dengan Anwar Ibrahim.

 

16 SEPTEMBER YANG MENDEBARKAN Jun 28, 2008

Filed under: Uncategorized — Jamaludin mdisa @ 11:45 am

 

anwar ibrahimNaib Presiden KeAdilan, sdr Azmin Ali memberi jaminan akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Oleh kerana ianya strategi politik, justeru itu rakyat perlu lihat dan tunggu terlebih dahulu. Persoalannya sekarang orang ramai semacam tidak mempercayai parti pembangkang boleh mengalahkan UMNO-BN melalui protes undi tidak percaya di Parlimen akan datang.

Sejauh manakah ahli-ahli parti pembangkang yang berjumlah 82 orang mampu mengubah senario politik terbaru menjelang 16 september akan datang. UMNO yakin isu yang diperkatakan itu sekadar impian kosong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menagih populariti politik untuk menjadi Perdana Menteri, dalam kes ini di mana Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin mencabar Anwar Ibrahim supaya keluar parti KeAdilan andainya parti Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan alternatif melalui protes undi tidak percaya sepertimana yang di war-warkan kebelakang ini.

Kita tidak dapat mengesani sejauh mana kebenaran kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Secara rasionalnya agak sukar juga di mana terdapat 30 lagi ahli daripada parti BN yang akan berpaling tadah menyokong pakatan rakyat dalam usul mereka di Parlimen nanti. Apakah kemungkinannya terdapat beberapa buah parti di negeri Sabah dan Serawak akan berpaling tadah memihak kepada Anwar Ibrahim? ini juga persoalan yang sukar hendak digambarkan dalam ramalan ini.

Namun perkembangan terbaru dalam politik Sabah mutakhir ini di mana Parti Maju Sabah(SAPP), melalui Presidennya Dato Tong Teck Lee telah mengumumkan betapa beliau telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara yang diterajui Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun SAPP mempunyai dua ahli parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan Sepanggar, Dato Eric Majimbun. Tetapi gambaran ini sudah cukup sebagai bokti awal betapa adanya kemungkinan undi tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim tidaklah seperkara yang mustahil tidak mngkin berlaku dalam parlimen dan sekali gus berupaya mencetuskan momentum baru merubah landskap politik negara.

Pada UMNO 30 ahli parlimen BN berpaling tadah suatu yang tidak mungkin. Dan ahli-ahli parlimen BN sudah menyatakan ikrar menyokong kepimpinan Pak Lah. Justeru itu mana-mana ahli parlimen BN yang menyokong usl undi tidak percaya dan andainya perses itu gagal. Mereka tentunyalah akan menerima padah dan hukuman. Contohnya, Dato Yong Teck Lee sudah disiasat BPR dalam kes pengurusan saham negeri Sabah waktu beliau menjadi ketua Mentari dahulu. Persoalannya, kenapakah kes tersebut baru hendak disiasat, itu pun apabila Presiden SUPP itu menyatakan pendiriannya tidak lagi mempercayai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Maka sesudah isu itu, BPR bangkit bertindak. Inilah yang menjadi ketakutan MP-MP BN untuk bersama-sama Anwar Ibrahim menyokong usul bagi menolak kepimpinan PaK Lah.

Walau apa pun UMNO-BN jangan anggap kecil apa yang dikatakan oleh Penasihat parti KeAdilan Rakyat itu. Dalam suasana kemelut dan krisis dalaman UMNO-BN yang kian babrok. Segala-galanya boleh terjadi.

 

PERTAHANKAN PRINSIP PERJUANGAN BANGSA- EZAM LAWAN ANWAR Jun 21, 2008

Filed under: Uncategorized — Jamaludin mdisa @ 1:46 pm

“Dengan nama Allah saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun.” Kata Ezam (KL Pos).

Permulaan babak baru dalam politik negara apabila sdr Ezam memutuskan pendirian tegas akan kembali bersama-sama dengan UMNO untuk menentang semula tokoh idola yang beliau pertahankan sebalum ini. Dalam situasi apa pun beliau tidak mengizinkan Anwar kembali menjadi Perdana Menteri. Kasihan Ezam! andainya percaturan politik seseorang politikus itu tersilap langkah alamat hancur berkecailah masa depannya.Mimpi apa Ezam hendak bersilat dengan Anwar.

Ada baiknya kalaulah Ezam tolong memperbaiki kerosakan besar dalam UMNO. Orang ramai semakin berduyun-duyun keluar UMNO, Anta apa pula bahananya masuk UMNO semula. Perbaiki UMNO dari dalam itu lebih baik daripada berpancak silat dengan bekas guru sendiri. Tetapi, itulah formula politik yang mana keseniannya kawan tidak mengenal lawan dan lawan pula boleh menjadi kawan.

Terus terang saya katakan Ezam tidak mampu menghalang Anwar, Percayalah Ezam akhirnya akan menjadi perkakas alatan permainan politik UMNO. Mungkin peluang UMNO yang terjejas teruk boleh mempergunakan Ezam untuk menyerang Anwar. Tetapi, fikirlah Sdr Ezam akhirnya anda akan menjadi balaci UMNO semata-mata. Kemelut besar yang malanda UMNO sekarang sudah tidak termampu untuk dipikul oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Apakah anda pula beria-ria besar untuk mempertahankan prinsip perjuangan bangsa.

Selamat berjuang buat Ezam Mohamad Noor.

 

PERIHAL PENULIS BEBAS Jun 20, 2008

Filed under: Uncategorized — Jamaludin mdisa @ 3:18 pm

UNTUK jadi seorang penulis bebas kita hendaklah memiliki tiga perkara utama. Pokoknya seseorang itu mistilah memilik bakat besar untuk menjadi seorang manusia penulis. Kedua, mempunyai sifat atau ciri-ciri keberanian dan ketiga memiliki jumlah modal yang besar.

Bakat, keberanian dan modal merupakan pra syarat utama bila seseorang itu bercita-cita hendak menjadi seorang penulis bebas. Penulis bebas yang saya maksudkan itu ialah penulis buku-buku politik. Yang mana kebetulannya saya juga merupakan seorang penulis buku-buku politik bebas yang pernah berkecimpung dalam arena penulis artikal-artikal politik hinggalah ke buku-buku politik tanahair bermula sejak tiga dekad berlalu (1980 hinggalah sekarang).

Sepertimana saya nyata dalam tulisan itu memiliki bakat merupakan fungsi utama kepada mana-mana insan yang impikan dunia penulisan politik sebagai bidang kerjaya yang hendak diceburinya. Tanpa bakat semula jadi yang dimiliki usahlah seseorang itu bermimpikan untuk menjadi seorang manusia penulis.

Faktur kedua ialah memiliki sifat keberanian, keberanian kerana apabila seseorang itu menulis buku-buku politik, masalah pertama yang akan dihadapi ialah tiada ada mana-mana penerbit super yang berani menerbitkan buku-buku tulisan berunsur politik. Justeru itu kita misti berani mencari alternatif tersendiri sepertima saya dengan menerbitkan secara persendirian melalui penerbitan saya sendiri iaitu PENERBITAN JAMALUDIN. Tanpa penerbitan sendiri tulisan-tulisan politik itu gagal diterbitkan.

Dalam kontek tersebut sekali gus juga membawa erti kita memistinya ada modal bagi membayai kos percetakan. Tanpa modal seseorang itu juga tidak mungkin akan berjaya dalam kancah penulisan buku-buku politik di negara Malaysia hari ini.

Ingat bila kita menjadi penulis, maknanya kita adalah merupakan jurubicara dan suara rakyat. Malah lebih jauh dari itu insan penulis juga adalah sang pemikir bangsa. Justeru itu pandangan kita mistilah lebih terkehadapan, kalau tidak kita bukan juara dan suara pemikir bangsa.

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.